Sr. Syed Azzim bin Sheik Ali telah dilantik oleh Yang Amat Arif Tun Tengku Maimun binti Tuan Mat, Ketua Hakim Negara pada 1 Ogos 2024 sebagai Pesuruhjaya Sumpah Malaysia, dengan tarikh lantikan sehingga 31 Disember 2026. Beliau sentiasa bersedia untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua lapisan masyarakat.
Sr. Syed Azzim mempunyai pengalaman berkhidmat sebagai Pegawai Khas di Pusat Khidmat Rakyat Gombak Setia dan Parlimen Gombak dari tahun 2018 hingga 2022, serta bertugas di Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI). Beliau komited untuk terus menyediakan khidmat yang cemerlang dan profesional kepada semua pelanggan.
Selain itu, Sr. Syed Azzim juga merupakan seorang ejen hartanah dan pelelong berlesen Negeri Selangor sejak 2016, menawarkan kepakaran dalam bidang hartanah dan lelongan.
Please enter your username or email address. You will receive a link to create a new password via email.